SIAPAKAH YANG DISEBUT BA'ALAWI? 
Risalah kecil ini adalah usaha seorang insan kerdil untuk memberi sedikit maklumat 
mengenai Ba'alawi.lni ialah kerana ramai keturunan Ba'alawi dewasa ini yang mempunyai 
sedikit sekali, malah ada yang langsung tiada mempunyai pengetahuan, mengenai asal usul 
mereka. Saya amat berharap bahawa risalah yang cetek ini dapat menyingkap serba sedikit 
tentang asal usul Ba'alawi, serta menaruh harapan agar ia dapat mencetuskan minat lalu 
mendorong golongan Sadah daripada keturunan Ba'alawi untuk mengenali susur galur 
mereka secara lebih dekat lagi. Alangkah baiknya kalau risalah inidapat disebar luas bagi 
menemui seramai keturunan Alawi yang mungkin. Semoga usaha ini diberkati Allah swt. 
Jaafar bin Abu Bakar Al 'Aydarus  
  
Ba'alawi - Siapakah 
Mereka? 
Ba'alawi ialah gelaran yang 
diberi kepada mereka yang 
bersusur-galur daripada Alawi 
bin Ubaidullah bin Ahmad bin 
Isa Al-Muhajir Ahmad bin Isa 
Al-Muhajir
(1) 
telah 
meninggalkan Basrah di Iraq 
bersama keluarga dan 
pengikut-pengikutnya pada 
tahun 317H/929M untuk 
berhijrah ke Hadhramaut di 
Yaman Selatan. Cucu Ahmad 
bin Isa yang bernama Alawi, 
merupakan orang pertama 
yang dilahirkan di Hadralmaut. Oleh itu anak-cucu Alawi digelar Ba'alawi
(2)
, yang bermakna 
Keturunan Alawi. Panggilan Ba'alawi juga ialah bertujuan memisahkan kumpulan keluarga ini 
daripada cabang-cabang keluarga yang lain yang berketurunan daripada Nabi Muhammad 
s.a.w. Ba'alawi juga dikenali dengan kata-nama Saiyid (Sadah bagi bilangan lebih daripada 
seorang). Keluarga yang bermula di Hadhramaut ini,  telah berkembang dan membiak, dan 
pada hari ini ramai di antara mereka menetap disegenap pelusuk Nusantara, India dan Afrika. 
Ahmad bin Isa Al-Muhajir Ilallah 
Dalam abad ke-10 Masehi, keadaan huru-hara mula menyelubungi dan menggugat empayar 
Abbasiyah yang berpusat di Iraq itu. Kerajaan tersebut kian bergolak menuju keambang 
keruntuhan. Kewibawaan Abbasiyah semakin terancam dengan berlakunya pemberontakan 
demi pemberontakan dan ini menjejaskan ketenteraman awam. Keadaan sebegini telah 
membawa padah kepada keturunan Nabi Muhammad s.a.w  yang dikenali dengan gelaran 
Sadah itu. Pada umumnya ummt Islam menghormati serta menaruh perasaan kasih sayang 
terhadap Sadah. lni bukan semata-mata kerana mereka ini keturunan Nabi Muhammad s.a.w, 
tetapi juga kerana mereka melambang pekerti yang luhur, keilmuan yang tinggi dan wara'. 
Kedudukan yang istimewa dimata umat Islam ini telah menimbulkan perasaan cemburu dan 
syak wasangka terhadap Sadah dikalangan pemerintah. Mereka juga khuatir kalau-kalau 
Sadah akan menggugat dan merebut kuasa daripada kerajaan Abbasiyah.  Dengan tercetusnya 
pemeberontakan demi 
pemberontakan terhadap 
pemerintah, kewibawaan 
Abbasiyah pun menjadi 
semakin tercabar dan lemah. 
Keadaan ini juga turut 
mengancam kedudukan 
golongan Sadah, kerana 
mereka sering dikaitkan 
dengan setiap kekacauan yang 
tercetus. Dari masa ke masa 
golongan Sadah menjadi 
sasaran pemerintah. Ramai 
diantara mereka yang 
ditangkap dan dibunuh 
berdasarkan apa saja alasan 
.Namun majoriti Sadah 
bersikap sabar dan 
menjauhkan diri dari kelompok yang menimbulkan kekacauan. Daripada pengalaman yang 
lalu golongan tersebut yakin bahawa penglibatan diri di dalam politik akan berakhir dengan 
kekecewaan.  
Ahmad bin Isa al-Muhajir meninggalkan Kota Basrah bersama seramai 70 orang, yang terdiri 
dari ahli-ahli keluarga dan pengikut-pengikut beliau. Pada mulanya kumpulan Al-Muhajir ini 
pergi ke Madinatul Munawwarah dan tinggal di sana selama setahun. Pada tahun berikutnya 
setelah menunaikan fardhu Haji, Ahmad bin Isa Al-Muhajir dan rombongan meninggalkan 
Kota Madinah menuju ke Yaman. Mereka singgah di Al Jubail di Lembah Dau'an, kemudian di 
Al-Hajrain, dan seterusnya menetap di suatu tempat, yang benama Al Husaisah(3)
. Ahmad bin 
Isa Al Muhajir Ilallah wafat pada tahun 345.H/956 M. 
Permulaan di Hadhralmaut 
Ahmad bin Isa memilih Hadhramaut untuk berhijrah, meskipun Hadhramaut merupakan 
suatu kawasan tandus dan kering kontang di Selatan Yaman. Kawasan tersebut pada zaman 
itu, dikatakan terputus daripada dunia luar. Tentunya banyak persoalan yang timbul tentang 
mengapa Ahmad bin Isa memilih kawasan sebegini untuk berhijrah. Pada zahirnya, pemilihan 
kawasan tersebut mungkin didorong oleh hasrat beliau untuk hidup di dalam keadaan aman 
bersama keluarga dan pengikutnya, atau keazaman beliau untuk membina sekelompok 
masyarakat baru di suatu kawasan baru bersesesuaian dengan kehendak syiar Islam yang 
didokongi oleh golongan Sadah selama ini. Akan tetapi sebelum sampai ke Hadhramaut 
Ahmad bin Isa dan rombongan terlebih dahulu berada di Madinah, tempat yang tenang dan 
aman lagi sesuai bagi tujuan beribadah dan membina  ummah. Namun daripada Madinah 
beliau dan rombongan bertolak ke Al-Husaisah. Malah di Al-Husaisah Ahmad bin Isa telah pun 
membeli kebun buah-buahan yang luas. Akan tetapi pada akhirnya beliau memilih 
Hadhramaut sebagai tempat berhijrah. Sebagai seorang Imam Mujtahid mungkin keputusan 
yang dibuat beliau itu didorong oleh perkara yang diluar pengetahuan kita, Wallahualam. 
Penghijrahan Ahmad bin Isa Al Muhajir ke Hadhramaut bukanlah bermakna berakhirnya 
ranjau dan rintangan. Di awal penghijrahan beliau, Ahmad bin Isa Al-Muhajir, bersua dengan 
ancaman daripada golongan Mazhab Ibhadiah(4)
 yang mempengaruhi kawasan tersebut. 
Namun setelah gagal untuk mencapai persefahaman dan perdamaian dengan pihak Ibhadiah, 
Ahmad bin Isa Al-Muhajir terpaksa mengangkat senjata menentang mereka. Berbanding 
dengan kaum Ibhadiah, bilangan pengikut Ahmad bin Isa Al-Muhajir adalah kecil. Akan tetapi semangat kental dan kecekalan, yang ditunjukkan oleh Al-Muhajir dalam menentang kaum 
Ibhadiah ini telah menarik perhatian dan simpati penduduk-penduduk Jubail dan Wadi Dau'an 
yang bertindak menyokong Al-Muhajir. Dengan sokongan penduduk-penduduk tersebut kaum 
Ibhadiah dapat di singkirkan dari bumi 
Hadramaut. 
Cara hidup yang dianjurkan oleh Ahmad bin Isa 
Al-Muhajir, iaitu kehidupan harian yang 
berdasarkan Al Qur'an dan Sunnah itu, senang -
diterima oleh masyarakat tempatan. Lambat laun 
cara ini menjadi norma hidup di dalam 
masyarakat tempatan. Malah beberapa tokoh 
terkemuka di kalangan Ba'alawi yang menjalani 
hidup sepertimana para sahabat di zaman 
Rasulullah s.a.w, mempunyai pengaruh yang 
positif ke atas masyarakat Hadhramaut. Tokoh-
tokoh berkenaan lebih dikenali dengan panggilan 
Salaf.
(5)
  
Walaupun persekitaran baru mereka masih tidak 
sunyi dengan keadaan huru-hara, masyarakat Ba' 
Alawi masih boleh menjalankan kehidupan yang 
aman tenteram. Sebenarnya ini adalah sesuatu 
yang merupakan cara hidup yang lumrah bagi 
keturunan Rasulullah s.a.w daripada Hassan dan 
Hussain. Mereka sentiasa dihormati dan 
disanjung tinggi di seluruh pelusuk Dunia Islam, 
lebih-lebih lagi di Hadhramaut. Kehormatan yang 
diterima ini serba sedikit berpunca daripada 
amalan golongan Ba'alawi yang berjalan tanpa 
membawa sebarang senjata, sepertimana yang 
dianjurkan oleh datuk mereka, Ahmad bin Isa Al-
Muhajir. Tambahan pula golongan ini dihormati 
dan disanjung oleh kerana mereka merupakan 
golongan yang berilmu lagi wara'. 
Apabila Ahmad bin Isa Al-Muhajir serta rombongan (seramai kurang lebih 70 orang ahli 
keluarga dan pengikut) meninggalkan Basrah , mereka membawa bersama mereka harta 
kekayaan yang banyak. Dengan harta ini mereka dapat memperolehi tanah yang luas yang 
digunakan untuk pertanian. Dan sewajarnyalah yang menjadi kegiatan utama golongan 
Ba'alawi di Hadhramaut ini ialah pertanian. Sementara itu mereka juga bebas untuk 
beribadah dan membina masyarakat berdasakan ajaran Al-Qur'an dan Sunnah. 
Fasa Perkembangan Ba'alawi 
Perasaan golongan Ba'alawi terhadap kampung halaman mereka di Basrah masih kuat dan 
menebal, walaupun mereka telah memilih untuk membina penghidupan baru di Hadramaut. 
Oleh itu tidak hairanlan sekiranya didapati ramai dikalangan Ba'alawi yang selalu berulang 
alik di antara Hadhramaut dan Basrah untuk menziarahi sanak saudara yang masih berada di 
Basrah. Hubungan diantara Ba'alawi dengan Basrah berterusan. Masa kini masih terdapat 
keturunan saudara Al-Muhajir, iaitu Muhammad bin Isa di sekitar Basrah. 
Salah suatu ciri hidup golongan Ba'alawi ialah mereka ingin bebas bergerak dan tidak suka 
terkongkong di suatu daerah sahaja. Tambahan pula, di tempat seperti Hadhramaut peluang 
untuk mencari rezeki terlalu terhad. Ini menyebabkan individu mahupun kumpulan Ba'alawi 
sanggup berpindah memulakan hidup ditempat-tempat yang lain seperti Yaman, Syam (Syria), dan Iraq. Tambahan pula Hadhralmaut merupakan tempat yang tidak mempunyai 
pemerintahan yang stabil, dan oleh itu tidak sunyi  daripada tercetusnya perbalahan dan 
pergaduhan di antara kabilah-kabilah yang menjadi penghuni tetap di kawasan tersebut. 
Sejarah perkembangan Ba'alawi, mengikut pandangan Sayid Ahmad bin Muhammad 
Assyathiri
(6)
 boleh dibahagikan kepada empat fasa, setiap fasa mempunyai cirinya yang 
tersendiri. Perkembangan ini adalah bergolak di sekitar beberapa tokoh Ba'alawi, serta juga 
pengalaman jatuh bangunnya mereka dalam menempuhi kehidupan yang sering berubah itu. 
Namun begitu, golongan Ba'alawi masih berpegang teguh kepada keperibadian mereka, dan 
perkara yang mempegaruhi kecekalan golongan ini ialah istiqamah kepada ajaran AlQur'an 
dan Sunnah. Fasa perkembangan Ba 'Alawi boleh dihuraikan seperti berikut: 
Fasa Pertama 
Fasa ini bermula dengan zaman 
Ahmad bin Isa Al-Muhajir dan 
berakhir dengan Al-Faqih 
Muqaddam Muhammad bin 
Ali
(7)
 iaitu jangka masa di 
antara abad ke-3 hingga abad 
ke-7 Hijrah. Pada zaman 
tersebut pemimpin dan tokoh-
tokoh Ba'alawi dikenali dengan 
gelaran Imam. Tokoh-tokoh 
pada masa itu digelar dengan 
panggilan Imam Mujtahid, iaitu 
mereka yang tidak terikat 
dengan mana-mana mazhab. 
Tokoh-tokoh terkemuka pada 
masa itu ialah keturunan 
daripada Ubaidullah bin Ahmad bin Isa AlMuhajir, melalui 3 orang putera beliau, iaitu Bashri, 
Jadid dan Alawi. Namun begitu, keturunan Bashri dan Jadid tidak berhayat panjang. Mereka 
hanya dapat mempelopori dan mengembangkan penyebaran ilmu hinggalah ke tahun 620an 
H/1223M. Keturunan Bashri dan Jadid yang terkemuka ialah Imam Salim bin Bashri (wafat 
pada 604H/1208M) dan Imam Abu Hassan Ali bin Muhammad bin Jadid (wafat pada 
620H/1223M). Tradisi pengajian Ilmu, bagaimanapun di teruskan oleh keturunan Alawi, dan 
yang lebih terkenal di antara mereka ialah Imam Muhammad bin Ali bin Alawi. Beliau lebih 
dikenali dengan gelaran Sahib Marbat (wafat pada 556H/1161M). Tradisi keilmuan,
(8)
 ini juga 
diteruskan oleh dua orang putera Sahib Marbat, iaitu Imam Alwi dan Imam Ali, dan oleh 
putera Imam Ali, iaitu Al-Faqih Muqaddam Muhammad bin Ali, serta tokoh-tokoh yang datang 
kemudian daripada mereka. 
Fasa Ke-Dua 
Zaman yang dikenali sebagai fasa ke-dua ialah di antara abad ke-7 hingga abad ke-11 Hijrah. 
Pada zaman tersebut tokoh-tokoh Ba'alawi yang terkemuka disebut dengan nama As-Syaikh. 
Zaman ini bertepatan dengan era Al-Faqih Muqaddam Muhammad hingga ke zaman sebelum 
Habib Al-Qutub Abdullah bin Alawi Al-Haddad. Di antara ulama-ulama yang terkemuka di 
zaman ini ialah Al-Faqih Muqaddam Muhammad bin Ali  (wafat pada 653H/1255M),As-
Saqqaf
(9)
 (wafat 819H/1416M), Al-Mahdar
(10)
 (wafat 833H/1429M), Al-'Aidarus(11)
 (wafat 
865H/1460M), dan Zain Al-Abidin Al-'Aidarus(12)
 (l041H/1631M). Pada ketika tersebut 
bilangan Ba'alawi sudah menjadi bertambah ramai dan mereka mulai dikenali dengan nama kabilah masing-masing seperti As-Saqqaf, Al-Mahdar, Al-'Aidarus, Al-Habisyi, Al-Junid, 
Jamalullail dan banyak lagi. 
Fasa Ke-Tiga 
Zaman yang dikenali sebagai fasa ke-tiga ialah di antara abad ke-11 dan abad ke-14 Hijrah. 
Pada zaman tersebut tokoh-tokoh Ba 'alawi dikenali dengan panggjlan Al-Habib. Ulama-
ulama yang terkemuka pada zaman ini ialah Habib Abdullah bin Alawi Al-Haddad 
(wafatI132H/1717M), Habib Ahmad bin Zain Al-Habsyi, Habib Hassan bin Salleh Al-Bahr, dan 
Habib Abdurrrahman Bilfagih (wafat 1163H/1749M) dan beberapa orang tokoh yang lain. 
Pada masa ini juga keturunan keluarga Ba'alawi terus membiak. Keadaan ini membawa 
kepada migrasi (perpindahan keluar) yang begitu pesat. Pada abad ke-11 dan ke-12 berlaku 
penghijrahan keIndia(13)
, Timur Jauh (Far East), Afrika Timur dan Hijjaz, sementara di abad 
ke-13 berlaku pula penghijrahan ke Asia Tenggara (terutama ke Indonesia dan Malaysia). 
Kaum Ba' Alawi mewarisi semangat suka merantau. Mereka juga tidak gemar diri mereka 
terkongkong di suatu kawasan. Namun begitu Ba'alawi juga merupakan golongan yang 
senang menyesuaikan diri dengan penduduk tempatan dimana sahaja mereka merantau. 
Akan tetapi, seberapa jauhnya mereka daripada Hadhramaut, hubungan erat dengan 
kampung halaman induk masih dikekalkan. Mereka yang menjalinkan perhubungan melalui 
perkahwinan dengan penduduk tempatan dan masih menghantarkan anak-anak mereka ke 
Hadhramaut, terutama ke Tarim, untuk menuntut ilmu  secara tradisi yang diasaskan oleh 
pelopor-pelopor Ba'alawi. 
Perubahan Yang Ketara 
Pada penghujung fasa ke-tiga 
didalam Sejarah Ba'alawi, 
perubahan ke arah 
kemunduran dikalangan 
Ba'alawi di seberang laut dapat 
dikesan. Walaupun tradisi 
pulang ke Hadhramaut untuk 
menziarahi keluarga masih 
diamalkan, ramai pula di 
antara mereka yang telah 
bermastautin di India dan Asia 
Tenggara, mula menampakkan 
proses asimilasi dengan 
masyarakat tempatan, iaitu 
menerima dan menyerap 
budaya dan tradisi 
persekitaran. Sementara golongan Ba 'alawi pada mulanya menjauhkan diri daripada 
kegiatan politik melainkan perkara-perkara yang menyentuh kebajikan dan ketenteraman 
umum, mereka yang terkemudian mula mencebur diri dengan politik. Ada di antara golongan 
Ba'alawi yang mempunyai hubungan rapat dengan raja-raja dan penguasa tempatan, dan 
telah menggunakan pengaruh mereka. Pernah diceritakan bahawa tokoh- tokoh Al-Mahdar, 
Al-'Aidarus, Jamalullail dan Al-Haddad, mempunyai hubungan yang intim dengan pihak 
istana, sehinggakan raja-raja. sentiasa merujuk kepada mereka untuk mendapatnasihat
(14)
. 
Budi pekerti yang luhur, disiplin diri dan didikan  yang menjadi tradisi dikalangan Ba'alawi 
adalah faktor utama meyebabkan mereka dihormati dan disanjungi, sementara ciri peribadi 
istimewa sebilangan mereka membolehkan mereka diterima sebagai pemimpin masyarakat 
tempatan. Ada pula dikalangan mereka yang berkahwin dengan ahli keluarga diraja, dan 
pada akhirnya mereka diangkat menjadi raja, contohnya, Syahab di Siak dan Jamalulail di Perlis. Beberapa kesultanan juga diasaskan oleh tokoh- tokoh Ba'alawi. Sebagai contoh, Al-
'Aidarus menubuhkan kerajaan di Surat (India), dan di Kubu (Kalimantan), Al-Qadri dan Bin 
Syaikh Abu Bakar di Kepulauan Comoros, AlQadri di Pontianak (Kalimantan) dan Balfagih di 
Filipina. 
Fasa Ke-Empat 
Zaman yang dikenali dengan Fasa ke-empat ini ialah di antara abad ke-14 Hijrah hinggalah 
dewasa ini. Perubahan yang bermula dipenghujung Fasa ketiga menjadi semakin ketara di 
zaman ini. Dalam beberapa aspek hidup, golongan Ba'alawi telah menempuh keruntuhan dari 
segi pegangan moral dan etika yang diasaskan oleh pelopor-pelopor di Hadhramaut dahulu. 
Zaman ini bertepatan dengan kemunduran Dunia Islam  keseluruhannya, akibat dilanda 
budaya Barat. Golongan muda Ba'alawi, terutama mereka  yang bermastautin di tanah 
jajahan Inggeris dan Belanda mula meninggalkan pendidikan tradisional berasaskan Al-
Qur'an dan Sunnah, dan memilih pendidikan Barat. Walaupun masih terdapat tokoh-tokoh 
Ulama Ba'alawi dikalangan mereka, namun bilangan mereka adalah terlalu sedikit berbanding 
dengan masyarakat Ba'alawi amnya. Keadaan sedemikian telah menghakiskan status 
Ba'alawi keseluruhannya. 
Ba'alawi Masa Kini 
Keturunan Alawi bin Ubaidullah 
bin Ahmad bin Isa Al-Muhajir 
pada masa kini membiak 
dengan banyaknya. Mereka 
bemastautin di sebahagian 
besar pelusuk dunia. Mereka 
ialah keturunan kelompok-
kelompok Ba'alawi yang keluar 
dari Hadhramaut. Mereka 
dikenali dengan berbagai 
gelaran seperti Syed atau 
Saiyid, seperti di Indonesia dan 
di Malaysia. Mereka juga 
dikenali dengan nama Habeeb 
seperti di India, Sidi, Syarif, 
Tuanku, Engku, Wan dan beberapa panggilan lagi. Namun begitu disebabkan beberapa faktor 
ramai pula keturunan Ba'alawi yang telah kehilangan identiti mereka. Kebanyakkan dari 
golongan ini menganggap mereka sebagai orang tempatan dengan mengamalkan budaya 
tempatan dan melupakan budaya datuk nenek mereka. Ramai pula keturunan Ba'alawi yang 
berakar umbi di tempat-tempat yang mereka tinggal kini, sejak datuk nenek mereka 
berhijrah seawal-awal abad ke-15 Masehi dahulu. Mereka tidak lagi mengenali asal-usul 
mereka, dan perhubungan mereka dengan negeri Ibunda telah begitu lama terputus.  
Walaupun ramai ahli keluarga Ba'alawi yang telah hilang identiti, namun ramai pula yang 
masih berpegang teguh dengan asal-usul mereka dan mengambil berat tentang silsilah 
keluarga. Mereka juga masih menjalin hubungan dengan saudara mara di Hadramaut. 
Golongan ini terdiri daripada anak cucu mereka yang keluar merantau dalam abad ke-18 dan 
ke-19. Ramai daripada mereka terutama anak cucu Ba'alawi yang berhijrah terkemudian dan 
tinggal di kawasan-kawasan berhampiran pelabuhan. Mereka masih berpegang teguh dengan 
beberapa tradisi Ba'alawi, dan ada yang masih fasih  berbahasa Arab. Oleh itu, sayogianya 
kita bertemu dengan kelompok keturunan Ba'alawi yang masih berpegang dengan tradisi dan 
amalan datuk nenek mereka, maka kita akan bersua dengan amalan seperti membaca Maulid Diba'ii, Ratib Haddad, Ratib Al 'Attas dan lain-lain lagi. Seperkara yang menggembira dan 
menggalakkan ialah bahawa mereka daripada golongan  ini giat menghidupkan kembali dan 
mengembang tradisi ini di kalangan keturunan Ba'alawi yang sudah jauh terpisah daripada 
kelompok asal. Ini dilakukan dengan menarik dan menggalakkan mereka menghadiri majlis 
Ta'lim atau Rohah, sekaligus mengukuhkan silaturrahim diantara mereka. Namun begitu 
masih ramai lagi daripada keturunan Ba 'alawi yang  hanyut di bawa arus kemodenan dan 
kejahilan, dan belum lagi terdedah kepada amalan murni Ba'alawi. Mereka ini amat perlu 
mendapat perhatian. 
Seorang ulama besar yang wafat di Jakarta, iaitu Habib Muhammad bin Abdurrahman Bin 
Syahab, pemah melahirkan harapan agar generasi-generasi yang datang kemudian dari 
keturunan 'Alawi akan memegang teguh kepada agama Islam, mejaga pusaka nenek-
moyang, dan jangan sampai tenggelam ke dalam peradaban Barat
(15)
. Marilah kita sama-
sama berdo'a agar Allah s.w.t memberi taufik dan hidayah semoga mereka yang terpisah ini 
akan jua balik ke pangkal jalan mengenali diri dan  asal usul mereka, serta menghargai 
warisan mereka yang sebenarnya. Sesuai dengan hadith(16)
 Rasulullah s.a.w mengenai 
pentingnya mempelajari tentang nasab, kita menaruh  harapan yang mereka juga akan 
mengambil berat tentang nasab masing-masing. 
(Disusun semula oleh: Karimy Uthman Benyahya
SIAPAKAH YANG DISEBUT BA'ALAWI?
Tidak ada komentar:
Posting Komentar